Jenayah

Wanita warga Australia dituduh edar 1.5kg dadah

SEPANG: Seorang wanita warga Australia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 1.5 kilogram (kg).

Mengikut kertas pertuduhan, Maria Elvira Pinto Exposto, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP1), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kira-kira jam 3.40 petang pada 7 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hasifulkhair Mohd Jamaluddin di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 23 Januari depan bagi mendapatkan laporan kimia sebelum memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");