Perak Hari Ini

Warga Emas Maut di Bukit Batu Berangkai

KAMPAR: Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia setelah ditemui pengsan di Bukit Batu Berangkai di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat bahagian Kampar, Chu Khum Cheok, 59, pada awalnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas bukit berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak penyelamat setelah diturunkan oleh anggota bomba dari bukit tersebut,” katanya.

Sementara itu, anggota penyelamat terpaksa menggunakan pengusung dan tali bagi menurunkan mangsa dari atas bukit tersebut dan menyerahkan mangsa pada pihak hospital.

mati

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan mangsa telah  meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sekitar jam 9.45 pagi tadi yang diketuai oleh PBK II Mokhtar Sudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");