Sukan Hari Ini

Ada wibawa

Kuala Lumpur: Kejayaan skuad hoki negara menepati ramalan muncul juara pusingan kedua Liga Hoki Dunia kelmarin membuka persoalan terhadap nasib ketua jurulatih sementara negara Tai Beng Hai.

Setakat ini, Beng Hai (gambar) sudah membuktikan berkemampuan membimbing skuad negara termasuk kemenangan 8-0 ke atas Poland pada final di Stadium Hoki Sengkang, kelmarin sekali gus layak ke separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina, Jun ini bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Jika mengikut rekod lalu, prestasi Beng Hai tidak mengecewakan termasuk membantu skuad negara memenangi pingat perak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Namun kegagalan membantu skuad negara pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland menyebabkan beliau diganti Paul Revington.

Beng Hai bagaimanapun menerima apa saja keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas ini demi kebaikan sukan hoki negara.

“Bagi saya, MHC akan melihat kepada strategi jangka masa panjang sebelum membuat keputusan. Apa saja perubahan perlu dilihat daripada sudut positif.

“Namun saya rasa selagi jurulatih tempatan boleh membantu, gabungan antara jurulatih tempatan dan asing mampu membawa pasukan ke satu tahap lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan negara Muhammad Razie Abd Rahim berkata, siapa juga yang bakal dilantik ketua jurulatih negara selepas ini, individu itu perlu mempunyai keinginan tinggi membantu skuad hoki negara.

“Kami juga harap ada pembaharuan dalam sukan hoki di negara ini,” katanya.

Bekas jurulatih skuad hoki wanita India, Neil Hawgood yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengemudi skuad kebangsaan kini hanya diberi tugas selaku perunding dan membantu skuad negara di Singapura.

Sama ada Hawgood bakal dilantik ketua jurulatih selepas ini masih belum terjawab kerana segala-galanya perlu mendapat lampu hijau Majlis Sukan Negara (MSN) selaku pihak yang membayar gajinya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");