Sukan Hari Ini

B.O.S sambut baik titah TMJ

JOHOR BAHRU – Boys Of Straits (B.O.S) menjunjung kasih nasihat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu penyokong negeri ini menjaga tingkah laku dan tata tertib sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dengan Pahang di Stadium Larkin, malam ini.

Wakil rasminya, Farihin Johari berkata, kesemua ahli kumpulan penyokong berkenaan menyambut baik peringatan diberikan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu dalam usaha menjaga nama baik dan imej negeri ini

“Nasihat Tunku Ismail ini juga menjadi perangsang kepada kira-kira 3,000 ahli B.O.S untuk melakukan anjakan paradigma sepanjang memberi sokongan kepada JDT.

“Tambahan pula, JDT bakal beraksi di peringkat Asia iaitu ‘play-off Liga Juara-Juar Asia AFC’. Oleh itu, kami juga mahu B.O.S dikenali dengan imej yang positif bukan sahaja di peringkat tempatan, malah Asia dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui di Stadium Tan Sri Dato’
Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini, semalam.

Beliau ditemui semasa Majlis Perasmian Markas B.O.S yang disempurnakan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor.

Turut hadir, Setiausaha PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dan Bendahari PBNJ, Datuk Abd Latiff Bandi.

Farihin berkata, kesemua ahli B.O.S akan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi sepanjang berlangsungnya pertembungan Harimau Selatan dan skuad Tok Gajah.

“Kami mengajak seluruh rakyat Johor tanpa mengira usia, kaum dan latar belakang bersama dengan B.O.S memberi sokongan kepada JDT pada malam esok (malam ini).

“Kalah atau menang itu bukanlah ukuran..sebaliknya perpaduan sesama kita sendiri iaitu Bangsa Johor. Begitu juga dengan penyokong pelawat, marilah kita bersatu demi kemajuan dan pembangunan bola sepak tanah air,” katanya.

Farihin berkata, bagi memperkukuhkan ukhwah antara B.O.S dan penyokong pasukan pelawat juga, kumpulan penyokong skuad Tok Gajah akan dijemput untuk berkunjung ke pejabat baharu mereka.

Mengulas mengenai markas baharu berkenaan, Farihin memberitahu markas itu beroperasi sebagai ibu pejabat, tempat jualan produk B.O.S serta stor penyimpanan barang.

“Antara produk yang dijual di sini termasuklah baju-t, mafla, sweater dan rantai kunci terbitan khas B.O.S.

“Keuntungan daripada penjualan itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan dan aktiviti-aktiviti membabitkan persatuan,” katanya.

Selain itu, secara peribadi beliau berharap kemenangan akan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan dengan jaringan 2-1.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");