Berita Hari Ini

Belum muktamad

Putrajaya: “Kerajaan tidak putuskan lagi, mungkin belum konklusif cadangan itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu cadangan untuk memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka dalam akta baru menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Muhyiddin berkata, cadangan untuk menghukum ibu bapa yang merotan anak sebagai kesalahan jenayah belum muktamad serta perlu dibincangkan secara teliti.

Menurutnya, cadangan itu belum diterima oleh Kabinet untuk dibincangkan namun, kerajaan mengambil perhatian pandangan diberikan pelbagai pihak termasuk Wanita UMNO.

“Cadangan itu menimbulkan pelbagai polemik kerana ada pihak mengatakan ia (hukuman) adalah baik, setuju nak pinda selain ada yang kata tidak sesuai.

“Dari sudut Islam tidak ada halangan untuk kita merotan anak tapi dengan cara bijaksana dan berhikmah, jangan sampai mendera dan bawa kesan buruk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas menangani isu Cameron Highlands di sini semalam.

Katanya, kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkenaan cadangan itu sebelum pindaan dilaksanakan.

Sabtu lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan, antara lain memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");