Perak Hari Ini

Budaya Positif Wargakota Bantu Ipoh Kekal Bersih

IPOH: Selain tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), anggota masyarakat juga perlu mengamalkan budaya dan sikap positif bagi memastikan kawasan persekitaran bandar raya Ipoh sentiasa bersih.

Menurut Noriah Montak, 64, wargakota perlu bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan bandaraya itu berkeadaan bersih daripada sampah sarap.

PERAK TODAY 1 (8)

“Jika wargakota mahu melihat bandar raya Ipoh bersih, mereka tidak akan bertindak sewenang-wenangnya dengan membuang sampah di merata-rata tempat,” katanya.

Tambahnya lagi, wargakota Ipoh perlu menunjukkan contoh yang baik kepada para pelancong yang datang ke bandar raya tersebut.

“Pihak berwajib juga perlu lebih prihatin dengan tahap kebersihan semasa kerana kebanyakannya apabila aduan dibuat, baru tindakan hendak diambil,” katanya.

Ujar Noriah lagi, sikap positif rakyat Jepun dan Korea yang saling bekerjasama dalam menjaga kebersihan negara mereka wajar dicontohi oleh wargakota Ipoh.

PERAK TODAY 2 (5)

Sementara itu, menurut A. Meyyapp, 43, kerjasama berterusan antara MBI dan orang ramai perlu ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

“Kebanyakan tempat didapati kotor contohnya longkang-longkang dan rumput yang tidak diselenggara dengan baik,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pengguna juga turut menjadi faktor kepada masalah kebersihan di sekitar bandar raya Ipoh.

Bagi Zolzaimi Mohd Ali, 54, tahap kebersihan sekitar bandar raya Ipoh tidak begitu mendukacitakan sebaliknya hanya terdapat beberapa kawasan yang berhadapan dengan masalah kebersihan.

“Banyak tong sampah disediakan oleh pihak berwajib tetapi perangai wargakota masih tidak berubah,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru wargakota supaya bekerjasama dan memberi perhatian khusus dalam menjaga kebersihan serta memelihara persekitaran bandar raya Ipoh yang disifatkan cukup mendukacitakan.

Tambahnya, peniaga juga perlu bertanggungjawab terhadap persekitaran perniagaan supaya sentiasa bersih selain memberikan kerjasama kepada semua pihak.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar bandar raya Ipoh baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");