Sukan Hari Ini

Cahill label Korea pilihan, enggan ulas persaraan

SYDNEY: Tonggak Australia, Tim Cahill mengelak untuk bercakap mengenai persaraan dan melabel Korea Selatan sebagai pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2015 menjelang pertembungan final, Sabtu ini.

Prestasi cemerlang pemain berusia 35 tahun itu membantu tuan rumah untuk selangkah menjulang trofi Piala Asia buat pertama kali namun ketika ditanya adakah pertemuan final akan menjadi penampilan terakhir bersama Socceroos, Cahill enggan mengulasnya.

“Saya tidak pasti namun ia sesuatu yang akan saya bincangkan selepas ini,” kata Cahill. “Fokus utama saya adalah final dan berharap untuk memenangi sesuatu yang amat istimewa buat negara kami.

“Ia jelas akan menjadi salah satu perlawanan paling sukar buat kami namun semua pemain bertekad untuk beraksi dengan baik yang akan menjadi faktor terbesar kami.

“Mereka sudah cukup bersedia dan semuanya mengenai persiapan mental untuk 95 minit masa permainan kerana saya tidak fikir perlawanan ini akan berlanjutan sehingga masa tambahan,” katanya.

Korea Selatan yang gagal memenangi Piala Asia sejak 55 tahun lalu menewaskan Australia 1-0 di peringkat kumpulan dan keputusan itu dianggap Cahill memberi tekanan yang lebih kepada Socceroos di Sydney.

“Orang boleh bercakap apa yang mereka mahu,” kata Cahill. “Bagi kami sebagai pemain, ia tidak memberi perbezaan mengenai apa yang ditulis atau katakan kerana fokus kami adalah untuk melupakan semuanya.

“Jika kami pilihan, bagus. Namun saya fikir ada sedikit kesukaran kerana Korea menewaskan kami jadi saya fikir mereka adalah pilihan,” kata bekas pemain Everton itu. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");