Berita Hari Ini

CRC beri kelonggaran ikut budaya tempatan

SHAH ALAM – Kerajaan digesa meneliti kandungan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) sebelum menjatuhkan merotan sebagai satu jenayah kerana terdapat kelonggaran di dalam CRC yang membolehkan hukuman dibuat berdasarkan budaya tempatan.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 5 dan 30 dalam CRC ada memberikan tanggungjawab utama kepada ibu bapa dalam didikan serta perkembangan anak berdasarkan budaya tempatan.

“Bagi saya, pihak kerajaan perlu teliti terlebih dahulu kandungan CRC tersebut, bukan melihat secara umum dan terus melaksanakannya.

“Kenapa dua perkara itu tidak dibaca bersama dan disesuaikan dengan adat tempatan,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut kata Zainul Rijal, tidak timbul Malaysia dikenakan tindakan jika tidak melaksanakan perubahan dalam akta itu kerana CRC sendiri memberi kelonggaran kepada bentuk peraturan yang boleh dibuat.

“Tidak boleh import norma sejagat ke Malaysia, kerana mungkin tidak sesuai dengan norma negara ini,” katanya.

Sementara Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Musa Awang berkata, rotan untuk tujuan mendidik dengan pukulan yang tidak menyebabkan kecederaan harus dibenarkan kerana Islam turut membenarkannya.

“Rotan yang diharamkan ialah sehingga menyebabkan kecederaan serius dan kekal sebagaimana di dalam Perkara 19 di bawah CRC,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");