Sukan Hari Ini

F1: Ribut salji ganggu jadual Mercedes

LONDON: Juara dunia Formula Satu (F1), Mercedes melakukan penggambaran jentera baharu pasukan itu bagi musim 2015 di Silverstone, semalam sebelum salji dan ais menyekat aksi kedua-dua pelumbanya, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

“Jentera F1 W06 Hybrid… pertama kali meninggalkan garaj pasukan 1.30 petang ini (9.30 malam di Malaysia) dalam keadaan berais di Litar Northamptonshire,” kata pasukan itu dalam kenyataan.

“Dipandu oleh Nico Rosberg pada mulanya sebelum Lewis Hamilton, jentera itu melakukan secara keseluruhan 18 pusingan (47.2 kilometer) sebelum ribut salji menghentikan penggambaran itu.

Rosberg, yang juga pemenang tempat kedua di belakang rakan sepasukannya, Hamilton di kejuaraan dunia, tahun lepas berkata dalam laman Twitternya: “Cuaca yang cukup teruk hari ini di @SilverstoneUK. Panas, salji, panas… Jerez sepatutnya lebih baik sedikit.”

Mercedes akan menyertai pencabar lain dalam perlumbaan F1 musim ini di Jerez, Sepanyol dalam sesi ujian pra-musim pertama bermula Ahad ini.

Pasukan itu dijadualkan akan melancarkan secara rasmi jentera terbaharu pasukan itu, pada Ahad sebelum menjalani ujian selama empat hari. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");