Sukan Hari Ini

FAM jangan pilih bulu!

Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memberi kepastian sama ada mahu meningkatkan mutu bola sepak negara terutama isu Gary Steven Robbat yang terus menimbul tanda tanya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ) ingin bertanyakan kepada badan induk itu berhubung penggantungan tiga bulan ke atas pemain berkenaan.

“Walaupun dia adalah pemain kebangsaan, kelibatnya diharamkan FAM menyertai semua aktiviti berkaitan bola sepak selama tiga bulan termasuk menjalani latihan.

“Kerjaya bola sepak Gary adalah untuk menyara keluarganya tetapi diharamkan daripada menyertai latihan… Ini melanggar hak asasi seseorang pemain dan memungkinkan kariernya akan berakhir.

“Liga M kini berkembang maju dan popularitinya semakin meningkat, tetapi layanan buruk mereka (FAM) terhadap Gary secara tidak langsung mencerminkan pendirian FAM mengenai masa depan bola sepak Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi Johor Southern Tigers.

Jumaat lalu, Gary digantung selama tiga bulan dan larangan menjalani latihan dengan mana-mana pasukan selepas dididapati menandatangi dua kontrak bersama Johor DT dan Pahang.

Jika ingkar hukuman tambahan akan dikenakan. Tindakan FAM itu mengundang kekecewaan Tunku Ismail yang jelas mahu melihat FAM berusaha meningkatkan bola sepak tempatan bagi memastikan pembangunan seiring dengan era profesional.

“Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih dan jujur dan sebagai badan induk bola sepak, peranan FAM adalah untuk melindungi aset mereka, termasuk pemain dan ahli gabungan.

“Bagaimanapun daripada memainkan peranan untuk menjaga kebajikan, mereka dalam masa sama menggunakan kuasa sewenang-wenangnya ke atas pihak yang lemah,” kata Tunku Ismail. – hmetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");