Jenayah

Hanya ingat hadir kuliah

Kuala Terengganu: “Saya hanya ingat masa hadir kuliah di Kampung Losong saja manakala ingatan yang lain terpadam dalam kemalangan itu,” kata Muhammad Farid Jaafar, 23, mangsa kemalangan yang meragut dua nyawa di Kampung Kelulut, Marang, 11 Januari lalu.

Harian Metro 12 Januari lalu melaporkan dua pemuda maut selepas dua motosikal Honda EX5 ditunggang mereka bertembung di laluan utama Kampung Kelulut.

Dalam kejadian itu Muhammad Farid parah di kaki dan tangan manakala rakannya yang dikenali sebagai Arul, 17, dan penunggang sebuah lagi motosikal Honda EX5 lain, Mohd Yusof Embong, 24, maut dalam kejadian itu.

Muhammad Farid yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dia hanya ingat kuliah agama yang disampaikan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus di Kampung Losong pada malam sebelum kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Kijing, Marang berkata, mengikut cerita yang diberitahu ibunya, Zainab Omar, 64, dia dan rakannya itu dalam perjalanan ke kedai makan Kampung Kelulut selepas pulang dari kuliah terbabit.

Katanya, motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd Yusof di bahu jalan terbabit.

“Akibat kejadian itu saya koma tiga hari di HSNZ dan sebaik terjaga seluruh badan saya sakit disebabkan kecederaan serius di kaki kiri dan tangan kanan.

“Saya sebak apabila ibu memaklumkan rakan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian itu.

“Sebelum kejadian kami berdua bersemangat mendengar kuliah agama bersama dan tidak menyangka dia ‘pergi’ selepas itu,” katanya yang baru menamatkan pengajian jurusan automotif di Pusat Giat MARA, Bukit Payong, Marang.

Sementara itu Zainab berkata, anak tunggalnya baru menjalani pembedahan memasukkan besi di betis kiri dan memerlukan masa panjang untuk berjalan semula kerana banyak tulang patah di kaki kiri.

“Saya bersyukur kerana ingatan anak beransur pulih walaupun masih banyak perkara dalam ingatannya belum mampu dipulihkan,” katanya.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");