Berita Hari Ini

Ibu bapa rotan anak boleh dihukum

KUALA LUMPUR, 25 Januari:

Akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada Jun depan, antara lain memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datruk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan tiada pilihan selain menjadikan merotan sebagai satu kesalahan kerana Malaysia adalah antara negara yang menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“CRC ditubuhkan dalam mempertahankan suara kanak-kanak dan kita sudah tanda tanganinya sebelum ini. Oleh itu, kena ikut serta selari dengan peraturan ini. Kalau tidak ikut, tidak boleh sebab kita sudah setuju dengan CRC.

“Memang merotan adalah budaya masyarakat kita untuk mendidik anak. Namun, kita juga ambil iktibar dalam kes membabitkan rakyat kita yang dikenakan hukuman kerana merotan anak mereka di Sweden sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santai Bersama Perkumpulan Komuniti Wanita 1Malaysia (PERWANI) Shah Alam, di sini pada Sabtu.

Ditanya bentuk hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka, Rohani berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Jadi, kalau akta baru nanti mungkin lebih berat atau kita tambah untuk lakukan kerja kemasyarakatan untuk jadikan mereka lebih sedar serta insaf.

“Bagi Seksyen 33 pula, ibu bapa atau penjaga melakukan kesalahan dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata pihak kementerian ketika ini sedang melakukan beberapa pindaan dalam akta baru itu seperti yang diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara.-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");