Perak Hari Ini

JPBM Perak Laksana Program Turun Padang Pasca Banjir

KAMPUNG GAJAH: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri terus giat menganjurkan program turun padang pasca banjir di kebanyakan lokasi yang terjejas akibat banjir di Perak.

Menurut pengarahnya, Yahaya Madis, usaha itu digerakkan sejak kejadian bencana banjir melanda beberapa daerah di negeri tersebut.

“Pada waktu banjir, pihak bomba menjalankan tugas menyelamat dan khidmat kita masih diperlukan untuk menyediakan peralatan khusus bagi tujuan pembersihan selepas banjir,” katanya.

Jelasnya lagi, kerja pembersihan kawasan dan premis yang terlibat dengan banjir perlu menggunakan peralatan khusus seperti pam air yang memerlukan tekanan air yang tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program gotong royong pasca banjir di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, dekat sini yang melibatkan seramai 90 orang pengawai kanan JPBM Negeri Perak dan 30 kakitangan sekolah.

bomba1

Mengulas lanjut, Yahya menjelaskan kereta-kereta bomba dihantar ke lokasi gotong-royong terpilih bagi membantu kerja pembersihan kawasan akibat banjir.

Pihak bomba katanya, akan terus membantu tanpa menjejaskan pekerjaan harian seperti berhadapan dengan panggilan kecemasan.

“Anggota yang ditugaskan serta peralatan yang digunakan tidak sesekali menjejaskan tugas rasmi kami,” katanya.

Sementara itu, menurut pengetua Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Omar Bakar, kejadian banjir berlaku sejak 26 Disember yang lalu dan mengakibatkan bangunan sekolah itu ditelenggami air hampir enam kaki.

“Bangunan bawah ditelenggami air selama hampir 10 hari hingga mengakibatkan prasarana sekolah rosak teruk,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan peralatan sekolah seperti meja, kerusi dan katil mengalami kerosakan teruk dengan nilai kerugian dianggarkan sekitar RM2.5 juta.

Katanya lagi, persetujuan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah dirujuk bagi tujuan menangguhkan sesi persekolahan untuk tempoh seminggu lagi sebelum dibuka pada 18 Januari depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");