Perak Hari Ini

Kereta Musnah Terbakar Di Seri Iskandar

SERI ISKANDAR: Sebuah kereta jenis Proton Wira musnah terbakar dalam satu kejadian di sini, malam tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, kejadian berlaku sekitar jam 9.38 malam.

IMG-20150127-WA0004

“Kebakaran berlaku dekat Jalan Ulu Dedap, dekat Kampung Gajah.

“Kenderaan itu musnah 90 peratus akibat kebakaran tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihak komander operasi mengawal dan memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua saliran air hingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

IMG-20150127-WA0002

Operasi menyelamat yang tamat sekitar jam 9.45 malam itu diketuai oleh PB Masli Basaruddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");