Sukan Hari Ini

Ketiadaan Alex tak beri masalah buat Pahang di Larkin

KUALA LUMPUR: Ketiadaan pemain sayap lincah, Azamuddin Akil pada perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), esok tidak meresahkan Pahang.

Azamuddin atau lebih dikenali Alex yang menjadi antara nadi skuad Tok Gajah berdepan kecederaan lutut ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, tahun lepas.

Begitupun, ketiadaannya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru tidak begitu menggusarkan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan yang mengakui kekosongan itu mampu diisi pemain lain.

“Saya ada banyak pilihan dan hampir kesemuanya adalah pemain musim lepas yang kekal bersama pasukan. Jadi tidak ada masalah untuk saya menukar pemain dan mendapatkan keserasian di antara mereka,” katanya yang dipetik dalam akhbar BH, hari ini.

Pada perlawanan terakhir Liga Malaysia musim lepas yang juga final Piala Malaysia, Pahang menewaskan JDT 5-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan berakhir 2-2 tamat masa permainan.

Selain Alex, seorang lagi pemain Pahang yang tidak dapat diturunkan ialah pemain pertahanan, Saiful Nizam Miswan yang berdepan penggantungan selepas mendapat kad merah pada perlawanan akhir Piala Malaysia, tahun lepas.

Pahang memenangi perlawanan Sumbangsih tahun lepas selepas menewaskan Lions XII 1-0.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");