Membawang Hari Ini

Khir Rahman, Sein & Akasha Bongkar Kisah Seram Penunggu Bangunan

KUALA LUMPUR: Matlamat untuk membuat sedikit kajian bagi sebuah filem berjudul Garang akhirnya mengheret tiga selebriti iaitu Khir Rahman, Sein (Ruffedge) dan Aqasha ke sebuah aktiviti paranormal di sebuah bangunan berhantu.
Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman berkata, keputusan meneruskan aktiviti paranormal itu dibuat selepas mendengar cerita yang sama daripada rakan mangsa yang pernah mengalami peristiwa seram di sebuah bangunan yang sama.

“Projek ini pada asalnya untuk kami buat kajian filem pertama kerjasama syarikat kami iaitu Camwerk Studio dan Suar Channel bagi menerbitkan filem berjudul Garang.

“Namun dalam proses membuat kajian itu kami mendapat perkara lain iaitu tentang kisah misteri kehilangan dua individu di sebuah bangunan yang sehingga kini masih menjadi kes polis. Hasilnya terjadi pula filem Bangunan,” ujarnya kepada mStar Online.

Khir berkata demikian pada sidang media selepas tayangan media filem Bangunan yang diadakan di GSC Nu Sentral, di sini, malam Khamis lalu.

Tambah Khir, apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah kisah benar yang ditemui sepanjang penyelidikan mereka terhadap sebuah bangunan yang masih beroperasi.

Maklumat tersebut diceritakan sendiri oleh rakan-rakan mangsa dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebenar yang diperolehi di bangunan tersebut.

“Kita terima pelbagai kisah dan cerita hantu daripada orang ramai dan ada dua individu yang saling tidak mengenali tetapi menceritakan perkara yang hampir sama tentang kehilangan di bangunan yang sama.

“Jadi kami teruja untuk tahu lebih lanjut dan buat penyiasatan buka fail semula dan cuba sendiri ke bangunan tersebut dengan bantuan seorang kawan yang pakar dalam aktiviti paranormal,” ujarnya.

Tambahnya, filem tersebut tidak mempunyai skrip, jalan cerita dan pengarah seperti cerita paranormal yang sedang ditayangkan iaitu Villa Nabila atau Puaka Balai Gombak.

Katanya, segala yang dipaparkan dalam rakaman tersebut adalah apa yang berlaku sepanjang kajian yang dilakukan mereka.

“Kalau ditanya tentang kelainan Bangunan dengan cerita paranormal lain ialah kami bukan cerita yang dirancang, tiada skrip, jalan cerita dan pengarah.

“Apa yang berlaku semuanya dirakam ketika proses penyelidikan kami terhadap bangunan tersebut,” katanya.

Filem tersebut mengisahkan kajian yang dibuat oleh Khir, Akasha dan Sein serta beberapa rakan mereka di sebuah bangunan yang dikatakan mempunyai kes polis terhadap dua kehilangan misteri.

Mereka turut dibantu seorang pakar agama iaitu Yusran ketika mereka cuba memasuki bangunan yang dianggap keras itu.

Akibatnya, seorang krew mereka dirasuk oleh makhluk halus yang meminta mereka untuk menghentikan rakaman dan keluar daripada bangunan itu.

Filem Bangunan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Februari ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");