Sukan Hari Ini

Langkah positif

Kuala Lumpur: Kejayaan beregu wanita Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho merangkul gelaran Grand Prix (GP) Emas Terbuka India 2015 dilihat sesuatu yang positif bagi memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

Hakikat itu diakui bekas beregu wanita negara, Chin Eei Hui yang gembira dengan perkembangan kedua-dua pemain berkenaan serta gandingan utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang muncul naib juara pada kejohanan sama.

“Ini permulaan baik menjelang kelayakan ke Olimpik 2016. Saya gembira melihat prestasi dipamerkan Amelia-Fie Cho yang kali pertama merangkul gelaran GP Emas,” katanya.

Ujar Eei Hui, ini berita baik buat beregu wanita negara kerana sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai barisan pemain mantap.
“Kita mempunyai dua gandingan beregu wanita yang mampu bersaing antara satu sama lain untuk mempertingkatkan keupayaan diri masing-masing.

“Dalam masa sama, tekanan dipikul Vivian-Khe Wei juga akan berkurangan kerana sebelum ini kita hanya mengharapkan kepada mereka untuk cemerlang di mana-mana kejohanan,” kata bekas pemain nombor dua dunia itu ketika bergandingan bersama Wong Pei Tty.

Eei Hui yang pernah meraih pingat emas Sukan Komanwel 2006 (Melbourne) dan 2010 (New Delhi) berkata, yang penting kini kesemua pemain beregu harus mempunyai kesefahaman tinggi ketika beraksi.

“Komunikasi dan persefahaman antara satu sama lain sangat penting untuk berjaya di mana-mana kejohanan disertai,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Eei Hui-Pei Tty adalah gandingan beregu paling berjaya dalam era badminton moden apabila pernah muncul juara Siri Super Denmark 2008 dan Siri Super Indonesia 2009.

Mereka juga pernah mengambil bahagian pada Sukan Olimpik 2004 Athens dan berjaya mara ke pusingan kedua.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");