Membawang Hari Ini

Madonna pemurah

Dalam pada sibuk dengan pelancaran album terbarunya, penyanyi legenda, Madonna, 56, nampaknya tidak ketinggalan menunjukkan keprihatinannya dan tidak mengetepikan niat murni untuk beramal.

Demi menuju kepada persekitaran yang lebih baik, sebuah sekolah di Detroit, Amerika Syarikat (AS) iaitu Detroit Achievement Academy, baru-baru ini berharap dapat berkembang serta berpindah ke bangunan baru.

Bagaimanapun, dalam mencapai hasrat itu, pengurusan sekolah terbabit nyata memerlukan bantuan kewangan sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM542,000) selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

Terpanggil untuk merealisasikan impian institusi itu, Madonna tidak keberatan malah berbesar hati menghebahkan berita itu di akaun Twitter rasminya yang tentu sekali membaawa perubahan besar.

Tidak dinafikan penyanyi Die Another Day itu sememangnya antara penyanyi yang cukup berkuasa di seluruh dunia dan menerusi Twitter itu, dia menyeru orang ramai terutama peminat menderma.

Sekolah itu sebelum ini juga pernah ditampilkan menerusi program wawancara hos terkenal Ellen DeGeneres sehingga mendapat perhatian seluruh dunia kerana persekitarannya yang unik. Tahun lalu, penyanyi itu turut kelihatan melawat sekolah berkenaan dan berkongsi fotonya di Twitter.

Semestinya sesuatu yang sangat menggembirakan pihak sekolah, menurut pegetua sekolah berkenaan, tindakan Madonna itu nyata banyak membantu mereka apa lagi waktu sudah suntuk. Meskipun belum mencapai sasaran dana diperlukan, mereka yakin ia pasti akan berjaya.

Pada lawatannya sebelum ini, Madonna mengakui sangat berharap akan membawa perubahan di kampung halamannya itu dan turut mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan itu.

“Hati saya sentiasa dekat dengan Detroit. Saya dengan rendah hati benar-benar mahu memberi kehidupan yang lebih baik kepada komuniti saya,” katanya.

Untuk gimnasium di bangunan baru itu nanti, Madonna setuju membiayai kos pembinaannya. Sementara itu, walaupun penat dengan aktiviti promosinya untuk album terbaru, Rebel Heart, banyak lagi kejutan yang disembunyikannya.

Khabarnya, peninju Mike Tyson, 48, turut menyumbangkan suaranya dalam satu lagu dalam album itu hasil pertemuan mereka di studio Madonna.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");