Membawang Hari Ini

Masih belum terlambat

Pernah menghasilkan dua single, tetapi kurang mendapat perhatian. Bagaimanapun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat penyanyi Redza Hamid, 33, untuk terus berada dalam industri muzik tempatan.

Mengikat kontrak dengan Kelarai Sakti Sdn Bhd milik komposer LY memberi harapan besar buat pemilik nama penuh Muhammad Redza Abdul Hamid ini.

“Sebelum ini saya pernah muncul dengan single Terindah Bagiku dan One Sad Story duet bersama Mimi One Nation Emcee, namun rezeki masih tidak berpihak kepada saya.

“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk popular, tetapi mendapat tempat dalam bidang ini dan dikenali sudah memadai.
“Saya sedar kebanjiran penyanyi baru agak sukar untuk meramal nasib seseorang. Segala-galanya bergantung pada rezeki, namun saya terus berusaha untuk diberi peluang mewarnai bidang seni,” katanya.

Pernah membuat persembahan pembukaan pada konsert Datuk Sheila Majid dan Harvey Malaiholo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Redza menganggap itu rezeki bagi pendatang baru sepertinya yang harus dimanfaatkan.

“Bukan senang penyanyi baru diberi peluang menyanyi ditempat gah seperti DFP. Namun, peluang dapat menyanyi di situ adalah satu penghargaan yang besar buat penyanyi yang masih bertatih seperti saya.

“Apa yang saya harapkan, melalui peluang itu, saya terus diberi peluang lain untuk lebih dikenali dengan muzik dan bakat yang sedia ada.

“Pun begitu, saya bersiap sedia jika gagal dalam bidang ini, saya akan teruskan pekerjaan yang sedia ada seperti biasa,” katanya.

Muncul dengan single terbaru berjudul Hanya Dalam Mimpi ciptaan komposer baru Azizan, Redza tidak merasa terlalu lewat untuknya aktif semula kerana baginya hasrat lagu dikenali ramai adalah sasaran utama.

“Tiada istilah terlambat dalam melakukan sesuatu perkara begitu juga dalam nyanyian.

“Walaupun sudah lama aktif dalam bidang nyanyian sejak di zaman universiti lagi, saya tidak pernah merasa terlewat dalam melakukan perkara yang saya minati yang penting ia terlaksana.

“Saya berharap peminat terus menyokong dan memberi peluang untuk saya mencipta nama dalam bidang nyanyian. Saya yakin setiap peluang dan rezeki itu sudah ada hanya perlu dorongan dan sokongan daripada semua,” kata anak keempat dari lima beradik ini.

Selain single, Redza turut terbabit dalam projek khas penghasilan lagu untuk mangsa banjir berjudul Sejuta Jiwa Satu Rasa duet bersama artis kelarai Sakti yang lain antaranya Rahmad Mega, Riz Zaizizi, Aman Nasim dan Ikhwan Fatanna.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");