Perak Hari Ini

Mencintai Rasulullah SAW Tanda Orang Beriman

Oleh: Siti Norain Usop/Foto:Shahinaz Che Juari:-

IPOH:Mencintai Rasulullah SAW menjadi syarat dan tanda bagi orang Islam yang beriman selepas cinta paling agung kepada Allah SWT.

Penceramah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias, berkata terdapat macam-macam jenis cinta tetapi yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT.

“Kedua pula adalah cinta kepada Rasul kerana ia merupakan syarat dan tanda-tanda orang beriman,” katanya.

PERAK TODAY 2 (1)

Beliau berkata lagi, sekiranya tiada cinta kepada Rasul, ia menunjukkan bahawa manusia tersebut tidak beriman.

“Tidak beriman di kalangan kamu jika mencintai manusia lebih daripada Rasullullah SAW dan tanda cinta kepada nabi adalah dengan menyukai apa yang disukai oleh Baginda.

“Kalau kita sayang dan cinta kepada Rasul, ikutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu,” katanya lagi.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata demikian pada Majlis PerakFM Berselawat anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, petang tadi.

Dalam ceramahnya juga, beliau menggesa agar umat Islam mengikut perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

“Jangan sesekali mengingkari semua ajaran yang diturunkan oleh Allah dan turutilah segala perintah-Nya… ini dapat menunjukkan tanda kecintaan kepada Allah dan Rasul,” katanya.

Terdahulu, majlis turut diserikan dengan persembahan selawat daripada kumpulan nasyid Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");