Membawang Hari Ini

Mentor Legend: Tuah tersingkir

Selepas tiga minggu berentap, protoge Tuah tersingkir pada Konsert Battle Ketiga Kumpulan A, Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, malam kelmarin.

Anak didik mentor Mas Idayu itu terpaksa meninggalkan pentas selepas mengumpul markah keseluruhan terendah iaitu 200.

Pada konsert itu, Tuah atau nama sebenar Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 22, mendendangkan Ketulusan Hati secara solo bagi persembahan pertama.

Dia turut berduet dengan Adira menyanyikan medley Muara Hati dan Ombak Rindu.

Biarpun anak didiknya gagal ke final, Mas Idayu mengakui sebenarnya tidak sedih atas penyingkiran itu, malah bangga terhadap prestasi Tuah pada malam itu.

“Dari minggu pertama lagi suara Tuah tidak pernah sumbang dan vokal dia bagus. Kalau dia bukan anak didik, saya tetap akan berkata demikian,” katanya.

Walaupun merasakan Tuah sudah memberi yang terbaik pada konsert itu, Mas Idayu reda dan akur terhadap keputusan juri.
“Juri cuma kritik persembahan Tuah dan bukannya vokal dia. Sekiranya dia disingkirkan disebabkan persembahan, saya reda kerana bukan berada di tempat juri,” katanya.

Menurutnya, peminat menyukai pilihan lagu Tuah pada setiap persembahan.

“Tetapi kita tidak tahu kehendak juri dan nasihat diberikan dijadikan sebagai iktibar pada masa depan.

“Cuma apa yang saya sedih sekarang adalah membaca komen peminat Tuah yang marah kerana penyingkirannya,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, dia akan mencari perancangan untuk Tuah.

“Saya lega kerana Tuah tidak pernah menimbulkan masalah, malah dia mengikut setiap nasihat dan kata-kata yang diberikan,” katanya.

Tuah pula berpendapat dia tidak melakukan kesilapan besar ketika persembahan dan redha dengan keputusan juri.

“Saya akan meneruskan perjuangan dalam industri muzik tanah air dan menjadikan Mentor Legend sebagai platform untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Katanya lagi, dia akan mengekalkan nama Tuah kerana menganggap ia membawa rezeki kepadanya.

Terdahulu di konsert, protoge Fahmi mendendangkan lagu Ketulusan Hati sebelum berganding dengan Misha Omar menyanyikan Januari.

Anak didik Amy Search, Sarah pula menyampaikan medley Merisik Khabar dan Salam Terakhir diikuti lagu Bang Bang duet bersama Jaclyn Victor.

Selain persembahan protoge, pentas Mentor Legend dimeriahkan dengan persembahan bekas protoge Ajai, Man Imran yang menyanyikan single baru Cintaku Sukar Ditafsirkan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");