Isu Panas

‘Mereka sendiri pun berbalah’

Kuala Lumpur: “Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan lagi modal pembangkang untuk menyerang Barisan Nasional (BN) kerana pembangkang sendiri berbalah sesama sendiri mengenainya sekarang,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau menegaskan, pembangkang sebelum ini gemar menggunakan modal itu untuk mempersendakan BN kerana gagal mengadakan pilihan raya PBT.

Bagaimanapun, katanya, apa yang jelas ketika ini ialah pakatan pembangkang berpecah-belah apabila PAS bangkit menentang pelaksanaannya di Pulau Pinang.

“Pakatan pembangkang berbeza pendirian, jadi mereka tidak boleh menjaja modal ini sebagai dasar yang berbeza dengan BN.

“PAS tak setuju dengan keputusan mereka, maka ia bukan lagi pendirian pembangkang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan sekutunya, DAP akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");