Sukan Hari Ini

Misi terakhir

Melbourne: Selepas gagal pada perlawanan terakhir menuju ke final Piala Asia, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan beraksi untuk menentukan pasukan manakah yang layak menduduki tempat ketiga dan keempat di Newcastle, hari ini.

Iraq tewas 2-0 di tangan Korea Selatan manakala UAE tumbang dengan jumlah jaringan sama ketika bertemu tuan rumah, Australia di separuh akhir minggu ini, sekali gus menutup peluang dua pasukan Asia Barat itu ke final.

Iraq yang juga juara Piala Asia 2007, bergelut menembusi benteng Korea Selatan di Sydney walaupun memiliki penyerang berbisa Younis Mahmoud.

“Saya tahu Korea Selatan menang dan sudah layak ke final, tapi kami juga mencipta kemenangan khas iaitu berjaya memberikan pengalaman berguna buat 20 pemain,” kata Younis yang akan menumpukan perhatian untuk kelayakan Piala Dunia 2018 selepas ini.

“Pemain kami akan mendapat faedah dalam tempoh 10 tahun selepas ini.”

UAE yang menyingkirkan juara bertahan, Jepun 5-4 menerusi sepakan penalti di suku akhir, turut gagal menembusi benteng pertahanan Australia walaupun bintang penyerang Omar Abdulrahman mencuba berhabis-habisan.

Selepas melakar catatan baik untuk ke separuh akhir, jurulatih UAE Mahdi Ali mengakui pemainnya kurang tumpuan, sekali gus membuatkan mereka gagal memberikan cabaran.

“Ini pengajaran terbesar kami dan kami perlu sedar betapa pentingnya untuk mengekalkan tumpuan sepanjang 90 minit permainan dan sebarang kesilapan tidak boleh dimaafkan terutama pada perlawanan besar,” kata Ali.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");