Isu Panas

Mustafa cabar Guan Eng bersemuka isu pilihan raya kerajaan tempatan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mencabar rakan sejawatannya daripada DAP, Lim Guan Eng untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang.

Sambil menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai manusia yang celupar mulut, Mustafa berkata Guan Eng tidak berkata benar apabila mendakwa isu pilihan raya itu dibincangkan lebih awal dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 diluluskan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Guan Eng hanya menghubungi beliau selepas enakmen itu diluluskan.

“Perkataan diguna Guan Eng bukan saja tidak tepat tetapi menggambarkan beliau sebagai manusia yang celupar mulut.

“Sebab saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait isu enakmen pilihan raya kerajaan tempatan sebelum ia diluluskan di sidang DUN,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS sebentar tadi.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");