Jenayah

Nasib jumpa askar

Baram: Perjalanan lima penduduk dari Kampung Long Panai untuk mendapatkan makanan tengah hari di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, di sini, bertukar tragedi apabila perahu yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Tutoh Apoh di sini, semalam.

Perahu panjang yang dinaiki tiga wanita dan seorang lelaki warga emas bersama seorang kanak-kanak lelaki itu terbalik kira-kira 50 meter dari jeti SMK Tutoh Apoh.

Bagaimanapun, 12 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang kebetulan membuat rondaan di Long Panai ke Long Terawan berjaya menyelamatkan mereka dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu.

Sumber berkata, kelima-lima mangsa adalah antara penduduk kampung yang terjejas akibat banjir tetapi tidak diarahkan berpindah kerana rumah mereka masih berada dalam keadaan selamat.

“Bantuan makanan sudah diagihkan sebelum ini tetapi mereka mungkin pergi ke pusat pemindahan berhampiran kerana bekalan makanan sudah habis. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");