Jenayah

Operasi Tahan Marwan, 30 Komando Polis Dilaporkan Maut

MANILA: Seramai 30 komando polis Filipina didakwa terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak Islam di selatan negara itu, lapor seorang pegawai pemberontak pada Ahad.

Ketua Perunding Pendamaian Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal berkata, jumlah kematian dalam pertempuran pada Ahad dilapor berdasarkan maklumat daripada pihak tempatan dan kumpulan pemberontak.

“Ini akan membawa masalah besar (terhadap proses damai yang diusahakan MILF dengan kerajaan Filipina),” jelas Iqbal.

Ketua Polis Wilayah itu, Noel Armilla memberitahu, sebanyak enam mayat anggota polis telah ditemui setakat ini.

Iqbal memberitahu, kumpulan anggota polis itu diserang ketika mereka memasuki Bandar Mamasapano di Maguindanao yang dikawal kumpulam pemberontak.

Menurutnya, kumpulan komando polis memasuki kawasan berkenaan untuk menahan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), Marwan yang dikehendaki dengan tawaran AS$5 juta.

Operasi itu juga dikatakan tidak diselaraskan dahulu dengan MILF yang tidak berkerjasama dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Iqbal yakin kejadian itu tidak akan merencatkan proses damai yang sedang berjalan kerana kumpulan pemberontak terbabit tidak terlibat dalam pendamaian berkenaan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");