Membawang Hari Ini

Paris Hilton hangatkan majlis eksklusif

Kehadiran selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton di The Party of The Century di Empire City, Damansara Perdana, Jumaat lalu menghangatkan lagi suasana majlis eksklusif itu.

Sosialit berusia 33 tahun itu diundang untuk membuat penampilan istimewa pada majlis bertemakan era 1920-an sempena pelancaran pusat komersial terbaru dan terbesar itu.

Kali pertama datang ke negara ini, Hilton menjadi tumpuan tetamu dan media apabila tiba di karpet merah pada jam 8.30 malam.

Usahawan, penyanyi dan pelakon jelita itu kelihatan anggun memperagakan gaun pendek berwarna perak. Istimewanya, pada majlis itu, Hilton menghiburkan tetamu dengan beraksi sebagai deejay selama 20 minit.

Dia menggegarkan pentas dengan memutarkan dua single Nothing In This World dan Stars Are Blind.

Sambil diiringi penari, selebriti itu meneruskan persembahan dengan ‘mixing’ lagu hit Sky Full of Stars (Coldplay), Heroes (Alesso ft Tove Lo), Love Me Again (John Newman dan Shake It Off (Taylor Swift).

Hilton yang dinobatkan Wanita DJ Terbaik 2014 memberitahu dia teruja berpeluang bertemu peminatnya di negara itu.

“Ini kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya sayang anda semua,” katanya. Selain Hilton, majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan K-Pop terkenal 2AM, Taboo Black Eye Peas, penyanyi Australia Mark Vincent dan DJ Ken.

Artis tanah air yang hadir ialah Erin Malek, Siti Saleha, Zulin Aziz, Nazim Othman dan produser filem, Gayatri Su Lin Pillai.

Terdahulu, majlis dihadiri ribuan tetamu itu membuka tirai dengan persembahan dari 2AM yang dianggotai empat jejaka tampan Jo Kwon, Jinwoon, Seulong dan Changmin.

Kumpulan itu mendendangkan tiga lagu, With or Without You, Can’t Let You Go Even If I Die dan You Would’nt Answer My Call.

Penyanyi kelahiran Australia, Mark Vincent turut mempesonakan tetamu dengan suara operanya apabila menyampaikan lagu You Raise Me Up dan Halo.

Walaupun tanpa kehadiran anggota Black Eye Peas, Fergie dan Will.i.am, Taboo tiada masalah menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu hit kumpulan itu.

Antara lagu yang didendangkan penyanyi rap itu adalah Don’t Stop The Party, I Gotta Feeling dan Where Is The Love. Selain artis jemputan, majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan hebat akrobatik dan tarian naga.

Majlis itu turut menyaksikan tayangan klip video perkembangan terbaru pusat komersial seluas 232,000 meter persegi.

Pusat itu menyediakan suite pejabat, tiga hotel bertaraf lima bintang, panggung wayang dan gelanggang luncur ais bersaiz olimpik. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");