Jenayah

Pemilik rumah curi air

SEREMBAN – Sebuah rumah dalam proses ubahsuai di Seremban 2, di sini, diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kerana disyaki mencuri bekalan dengan membuat sambungan paip haram.

Serbuan yang dibuat kira-kira 1 tengah hari itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Span bersama Unit Penguatkuasaan Sains dalam operasi yang diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span, Mohadir Hid.

Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, ketika serbuan dilakukan penghuni rumah didapati melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 20 mm.

“Siasatan kita mendapati, air yang diperoleh daripada penyambungan tidak sah itu digunakan oleh penghuni rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.

“Span menyita paip mudah lentur tersebut sebagai bahan bukti dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 123(1) yang memperuntukkan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Zulkifli berkata, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan ke atas kegiatan curi air tanpa mengira kes yang melibatkan pengguna komersil mahupun domestik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");