Isu Panas

Pemuda BN Sabah nafi tak puas hati

KOTA KINABALU – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menafikan dakwaan kononnya mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN Sabah, Shahelmey Yahya sebaliknya berkata, pergerakan itu sentiasa berdiri teguh dan menyokong pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri yang diterajui BN.

“Pergerakan Pemuda BN Sabah berada dalam keadaan yang harmoni dan mantap, kami juga menyokong kepimpinan BN Sabah yang kini dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sabtu lepas, Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris mendakwa beliau menerima banyak aduan daripada parti komponen terutama pergerakan Pemuda mengenai kepimpinan negeri.

Shahelmy berkata, Pemuda BN negeri sentiasa mengutamakan keharmonian dan kesamaan dalam menangani sebarang perbezaan atau isu yang mungkin timbul.

Beliau berkata, pergerakan itu mengadakan mesyuaratnya semalam bagi membincangkan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan tahun ini.

“Mesyuarat dan perbincangan akan terus diadakan dari semasa ke semasa demi keutuhan parti kerana ia merupakan cara dan saluran yang kita gunakan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau isu,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");