Berita Hari Ini

Pengarah Tindakan Awam Esscom Dilantik Pengarah Imigresen Kedah

LAHAD DATU: Pengarah Bahagian Tindakan Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Mohamad Yusri Hashim dilantik sebagai Pengarah Imigresen Kedah berkuat kuasa 1 Februari ini.

Esscom dalam kenyataan hari ini menyatakan Mohamad Yusri menerima surat pelantikan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam beberapa hari lepas.

Pengarah Bahagian Tindakan Awam merupakan satu daripada tiga jawatan baharu bagi komponen awam yang diwujudkan berikutan penstrukturan semula organisasi Esscom, yang dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Dua bahagian lain ialah Bahagian Keurusetiaan dan Bahagian Pengurusan.

Mohamad Yusri dilantik sebagai Ketua Seksyen Komunikasi Strategik di Esscom pada 12 April 2013 dan memegang jawatan itu sehinggalah penstrukturan semula Esscom.

Beliau menyertai perkhidmatan awam selaku Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan penguatkuasaan serta pernah memegang jawatan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor.

Esscom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");