Isu Panas

Pilihan raya PBT gimik politik

Sepang: Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana berkemungkinan dimanipulasi pihak tertentu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan sedar perjuangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya itu sebagai satu gimik politik semata-mata.

Katanya, apa yang penting adalah usaha penambahbaikan sistem perkhidmatan dan meningkatkan keupayaan pentadbiran PBT ke arah lebih baik.

“Mereka (DAP) menggunakan alasan mengamalkan demokrasi… sebenarnya yang penting bukan setakat pemilihan, tetapi perkhidmatan yang diberikan badan seperti majlis tempatan.

“Cubaan mereka untuk menganjurkan pilihan raya PBT hanya sebagai satu produk politik yang menyatakan parti itu terbuka kepada orang ramai dan bukan kepada satu kaum,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pengurusan Tertinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Beliau diminta mengulas cadangan DAP mengadakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan sekutunya DAP hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");