Sukan Hari Ini

Rozaimi sedia beraksi 90 minit

Kota Kinabalu: Selepas hampir setahun ‘bercuti’ akibat kecederaan dialami musim lalu, skuad Liga Perdana Sabah kini mampu menarik nafas lega apabila penyerang muda, Rozaimi Abdul Rahman (gambar) sudah pulih.

Bekas penyerang Harimau Muda itu sudah menjalani latihan sejak dua bulan lalu bersama skuad Badak dan mampu beraksi 90 minit pada aksi persahabatan menentang Sime Darby FC di Stadium Likas, kelmarin.

Ketua jurulatih Sabah Justin Ganai berkata, prestasi Rozaimi pada sesi latihan semakin baik dan hanya memerlukan kecergasan dalam perlawanan untuk memperoleh prestasi terbaiknya.
“Sebab itu saya letakkan dia dalam kesebelasan utama serta bermain 90 minit.

“Dia perlukan ‘match fitness’, persembahannya ketika menentang Sime Darby menunjukkan dia sudah semakin kembali kepada prestasi asalnya,” katanya.

Justin berkata, pada perlawanan itu, Rozaimi beraksi selaku perancang utama walaupun sebelum ini lebih kerap bermain sebagai penyerang atau di bahagian sayap.

“Saya sengaja meletakkan dia di bahagian tengah supaya lebih kerap berlari dan mendapatkan bola, saya mahu dia lebih cepat mencari semula rentaknya di padang.”

Namun Justin berkata, Rozaimi belum mencapai tahap kecergasan sebenar, namun yakin pemain itu mampu menyinar sebelum saingan liga bermula, 6 Februari. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");