Perak Hari Ini

Rugi RM90,000 Terjerat Janji Ah Chong

IPOH: Orang ramai diminta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah membabitkan penipuan wang yang menggunakan nama Lai Keat Choong atau Ah Chong.

Suspek ini telah berjaya memperdaya seorang warga emas hingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM800,000 sebelum ini.

Seorang lagi mangsa, Lew Yong Kan, berkata beliau menyedari telah ditipu selepas melihat gambar suspek terpampang di dada akhbar dan televisyen berikutan kes penipuan wang sebelum ini.

“Suspek memujuk saya membantunya menyelesaikan masalah duitnya di Bank Negara dan meminjam sebanyak RM35,000 daripada saya. Jika saya enggan membantu, suspek berkata dia akan mati,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek berjanji akan membayar pinjaman sebanyak RM35,000 itu dalam tempoh masa tiga bulan namun akhirnya gagal berbuat demikian dengan memberi pelbagai alasan.

“Seterusnya, dia meminta lagi RM5,000 dan kemudiannya sebanyak RM4,000 hingga jumlah keseluruhan pinjaman mencecah sebanyak RM90,000,” katanya.

Sehingga hari ini, suspek tidak berjaya dikesan dan Lew berharap supaya orang ramai lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan seperti yang berlaku terhadap dirinya.

“Saya harap dia boleh tampil untuk memulangkan semula wang yang dipinjamnya,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, Mohd Rawi Abdullah, berkata kes penipuan itu tidak seharusnya berulang kepada orang ramai di luar sana.

“Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis tetapi tiada perjanjian hitam putih dilakukan semasa proses pinjaman wang.

“Kita berharap agar polis dapat menahan suspek sebelum lebih ramai menjadi mangsa penipuan Ah Chong,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");