Sukan Hari Ini

Samuel Eto’o Pindah Ke Sampdoria Hari Ini

PENYERANG Everton Samuel Eto’o akan memeteraikan perpindahannya ke kelab Itali, Sampdoria pada Isnin.

Pemain berusia 33 tahun itu yang pernah memenangi Piala Eropah sebanyak tiga kali telah berjaya melepasi ujian kesihatan dan kecergasan pada Ahad.

Eto’o menyertai Everton secara percuma pada Ogos 2014 dan sejak itu telah menjaringkan empat gol dalam semua pertandingan buat Everton.

Hanya seminggu yang lalu, pengurus Everton, Roberto Martinez menafikan berita yang menyebut Eto’o bakal berhijrah semula ke Liga Itali.

Bagaimanapun Sampdoria yang kini berada di tangga keempat Serie A, telah terlebih dahulu memuatkan foto Eto’o memakai jersi mereka pada lewat Sabtu sekaligus memaksa Everton mengesahkan perpindahan tersebut.

Penyerang Cameroon itu pernah mencatat sejarah sebagai pemain bolasepak yang menerima bayaran gaji paling tinggi di dunia apabila dia menyertai kelab Divisyen Satu Rusia, Anzhi Makhachkala dari Inter Milan.

Dia menyertai Inter pada Julai 2009 dengan harga perpindahan £28 juta dari Barcelona.

Ketika bersama Inter, Eto’o menjaringkan 25 gol dan sekali lagi menjulang Piala Eropah yang pernah dimenanginya sebanyak dua kali di Barcelona.

Dari Makhachkala, Eto’o berhijrah ke Chelsea yang menyaksikan dia menjaringkan 12 gol dari 35 perlawanan bersama kelab London itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");