Perak Hari Ini

Seorang Cedera Parah Nahas Treler Dan Kereta Di Sitiawan

SITIAWAN: Seorang mangsa cedera parah akibat tersepit dalam satu kemalangan di sini, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan sebuah treler di Jambatan Bainun dekat Kampung Baru.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 malam sebelum jentera digerakkan ke lokasi kemalangan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah lori treler hingga mengakibatkan seorang mangsa mengalami cedera parah kerana tersepit dalam kereta.

Jentera yang diketuai oleh PBK II, Ashaari Mat Radzi telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan ‘rescue tools’.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dan operasi tamat kira-kira jam 8.55 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");