Sukan Hari Ini

Sinclair: Man City perlu menang

BEKAS pemain Manchester City, Trevor Sinclair menganggap nasib The Citizens dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akan diketahui ketika perlawanan menentang Chelsea Ahad ini.

Sinclair yang kini menjadi pembantu jurulatih Lancaster City berkata, City wajib menang ke atas skuad Jose Mourinho sekiranya tidak mahu ketinggalan jauh di belakang pencabar utamanya itu.

Kata Sinclair, jika sebaliknya berlaku, skuad bimbingan Manuel Pellegirini itu sudah boleh melupakan misi tersebut.

“Perlawanan itu bakal menentukan nasib City musim ini. Andai Chelsea menang, maka mereka akan terus lebarkan penguasaan dan ini memberi kesukaran kepada City.

“Memang City pernah kejar saat ketinggalan sebelum ini, tapi mampukah mereka ulanginya sekali lagi? Saya tidak yakin kerana persaingan kali ini hebat,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");