Sukan Hari Ini

Skuad hoki lebar sayap ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Seperti diramal, skuad hoki negara tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia selepas mudah membenam Mexico 10-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hoki Sengkang, semalam.

Pada aksi separuh akhir esok, Malaysia bakal bertemu Jepun. Skuad bimbingan Tai Beng Hai di depan seawal minit keempat hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil dan 10 minit selepas itu, giliran Faizal Saari menambah gol kedua, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Kapten pasukan Muhammad Razie Abd Rahim menjadikan kedudukan 3-0 dua minit selepas itu dan Muhammad Firhan Ashaari meletakkan skuad negara dalam kedudukan selesa dengan gol keempat pada minit ke-19.

Andres Rangel berjaya membolosi gawang negara menerusi jaringan padang pada minit ke-24. Bagaimanapun, skuad negara menambah enam gol selepas itu menerusi Tengku (m-30, 31 dan 48), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m-40), Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (m-44) dan Muhammad Haziq Samsul (m-54).

“Apabila beraksi pada waktu pagi, corak permainan setiap pemain tidak begitu bagus, tapi akhirnya mereka mampu mencatatkan kemenangan dan menempah tempat ke separuh akhir.

“Rentak perlawanan pada separuh akhir mungkin agak berbeza. Apapun setiap permain perlu terus memberikan fokus 100 peratus,” katanya. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");