Jenayah

Sorok 1.8kg dadah dalam guni beras

MUAR – Polis merampas pelbagai jenis barangan termasuk dadah seberat 1.8 kilogram di sebuah rumah yang dijadikan tempat menyimpan bahan terlarang di Jalan Kampung Sayor, Bakri, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, heroin tersebut disembunyikan dalam guni beras yang dijumpai dalam sebuah bilik dan belakang rumah, ketika serbuan kira-kira jam 4 petang itu.

“Heroin yang dianggarkan bernilai RM284,000 dipercayai boleh menampung kegunaan kepada 10,000 penagih di sekitar daerah ini juga daerah berhampiran.

“Kita juga menemui wang tunai RM1 sebanyak RM21,300 dalam rumah yang sudah diikat dipercayai hasil jualan dadah daripada pelanggan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini semalam.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun serta merampas sebuah kereta jenis Toyota Altis berharga RM80,000 selain sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berharga lebih RM5,000.

“Kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM390,000 dan siasatan mendapati suspek sudah enam bulan menjalankan kegiatan itu.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan pihaknya masih menyiasat punca bekalan heroin diperoleh termasuk kemungkinan terdapat rakannya yang masih bebas,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman sehingga 2 Februari ini.

Sementara itu dalam kes berasingan, tiga lelaki ditahan di sebuah perumahan kerajaan di Ayer Hitam, Bakri kerana memiliki heroin seberat 57 gram, kelmarin.

“Semasa serbuan, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan atas kecekapan polis membuat kepungan di luar rumah.

“Dadah bernilai RM8,700 disorok di serta tempat dalam rumah dan boleh menampung keperluan kira-kira 300 penagih,” katanya.

Azman berkata, salah seorang daripada tiga suspek yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu didapati mempunyai rekod lampu berkaitan jenayah tetapi kesemuanya didapati positif morfin. Mereka ditahan reman sehingga 3 Februari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B akta yang sama.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");