Isu Panas

Suasana Kecoh, Ahli Parti Serbu Bangunan MIC

KUALA LUMPUR: Berlaku sedikit kekecohan di Wisma MIC di sini, selepas beberapa ahli parti mendakwa mereka dihalang memasuki premis berkenaan pada pagi Rabu.

Ada antara mereka menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada pengawal keselamatan yang dilaporkan dilantik oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Kumaar Aamaan.
Situasi semakin tidak terkawal apabila beberapa individu cuba merempuh pintu untuk masuk bangunan tersebut.

Naib Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, Datuk Seri Vell Paari dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy yang turut berada dalam bangunan tersebut terpaksa turun untuk menenangkan keadaan.

Selepas keadaan kembali tenang, Saravanan membacakan kenyataan rasmi menggesa parti mengadakan mesyuarat agung luar biasa bersama dengan semua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");