Sukan Hari Ini

Terbuka Australia: Wawrinka mara separuh akhir

MELBOURNE: Juara bertahan, Stan Wawrinka mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Australia selepas menewaskan bintang sensasi Jepun, Ken Nishikori, hari ini.

Wawrinka yang menewaskan Rafael Nadal dalam final, tahun lalu untuk gelaran Grand Slam pertama kini akan menentang pilihan pertama, Novak Djokovic atau Milos Raonic dari Kanada untuk mengintai tiket ke final edisi kali ini.

“Saya masih terasa gementar. Ia bukan mudah dan anda perlu berdepan halangan sukar. Saya gembira dapat layak,” kata Wawrinka.

“Saya pasti halangan separuh akhir nanti akan bertambah perit. Tapi ketika ini saya bermain baik dan gembira untuk layak ke separuh akhir di sini sekali lagi.”

Kali terakhir Wawrinka dan Nishikori bertemu adalah dalam suku akhir Terbuka AS 2014 yang dimenangi Nishikori dalam lima set. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");