Membawang Hari Ini

Tombiruo: Bront, Zul Ariffin pilihan peminat!

UMUM sudah mengetahui, penulis novel genre thriller, Ramlee Awang Murshid bakal membawa naskhah popularnya, Tombiruo : Penunggu Rimba terbitan Alaf 21 ke layar perak.

Sudah pasti dengan pengumuman ini, rata-rata pembaca setianya teruja untuk menyaksikan novel itu diadaptasi dalam bentuk visual tambahan pula ia turut menampilkan sutradara Nasir Jani sebagai pengarahnya.

Biarpun lebih kurang empat tahun projek ini diperbincangkan, namun sehingga hari ini pelakon utama yang bakal membintangi filem ini masih menjadi tanda tanya.Melihatkan keadaan itu, pelbagai spekulasi dan cadangan telah diberikan oleh peminat setia novel tersebut.

Menerusi laman sosial Twitter dan Facebook Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) selain ada yang mengatakan penyanyi hebat M. Nasir bakal menggalas tanggungjawab memainkan watak Ejim dan Tombiruo, beberapa nama hero Malaya lain seperti Bront Palarae dan Zul Ariffin turut menjadi buah mulut pembaca setia novel itu.

Pastinya memilih pelakon yang mampu membawa watak utama tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah memandangkan tuntutan karakter itu sangatlah berbeza dengan yang lain.

Seperti persoalan yang diberikan pengarahnya sendiri sama ada pelakon Malaysia sanggup melakonkan watak yang menuntut mereka bertopeng dari awal hingga akhir lakonannya masih belum terjawab.

Jadi buat peminat setia, sama-samalah kita nantikan siapa yang lebih layak bergelar Tombiruo.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");