Sukan Hari Ini

TSG lancar jersi, perkenal pelumba Khamis ini

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan melancarkan jersi dan memperkenal pelumba musim 2015, Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata majlis itu akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus.

“Nilai tajaan pada hari itu dianggarkan lebih RM2 juta dalam bentuk basikal dan alat ganti,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 11 pelumba termasuk seorang pelumba import dari Singapura, Goh Choon Huat akan diperkenalkan kepada Ahmad Razif pada majlis itu.

“Kesemua mereka akan berlepas ke Filipina keesokannya untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Le Tour de Filipina dari 2 hingga 4 Februari ini.

“Pelumba sensasi dan berpengalaman Mohd Zamri Salleh akan diberi tanggungjawab mengetuai pasukan TSG dalam kejohanan itu,” katanya.

Farhan berkata kejohanan itu menjadi perlumbaan pemanas badan bagi persediaan menghadapi Le Tour de Langkawi pada Mac ini.

Selain Mohd Zamri dan Goh, pelumba lain yang akan ke Filipina ialah Mohd Harrif Saleh, Muhamad Adiq Husainie Othman, Anuar Manan, Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohammad Sayufi Mat Senan, Mohd Shahrul Mat Amin, Nor Umardi Rosdi, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Yusrizal Usoff. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");