Berita Hari Ini

Usah samakan hukuman perogol

Kuching: “Jangan menyamakan merotan anak seperti hukuman dikenakan terhadap seseorang yang didapati bersalah merogol.”

Itu tegas Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah mengulas usul kerajaan memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang didapati merotan anak mereka dalam penggubalan akta baru menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibentangkan di Parlimen pada Jun depan.

Fatimah berkata, tindakan itu tidak sepatutnya melihat kesalahan dilakukan menyamai hukuman dikenakan penjenayah terutama membabitkan kesalahan merogol.

Beliau berkata, di sekolah sekalipun, guru dibenarkan merotan pelajar nakal dan tindakan ini dilakukan mengikut prosedur bagi mengelak tahap psikologi pelajar berkenaan terjejas.

“Dalam merangka undang-undang baru membabitkan kesalahan merotan, ia perlu dilihat dalam kerangka menyeluruh dan bukan mengikut perspektif tertentu saja seperti merotan anak adalah tindakan mendera.

“Dalam Islam sendiri, merotan anak dibenarkan selepas berulang kali ibu bapa menegur anak mereka jika tidak sembahyang, tetapi dilakukan secara berhemah. Saya melihat cadangan merotan (anak-anak) dianggap sebagai satu kesalahan jenayah adalah sebagai tidak wajar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");