Membawang Hari Ini

Zamani: Apa yang berlaku tidak ada kaitan dengan Siti

Penyanyi Zamani yang sudah dibebaskan dari tahanan reman awal Sabtu lalu , enggan mengulas mengenai kenyataan komposer Shaari Amri yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjebak dengan dadah.

“Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.”

“Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,” ujarnya seperti dipetik daripada mStar.

Sementara itu, Zamani juga memohon maaf kerana tindakannya yang meninggikan suaranya terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, Rabu lalu.

Zamani yang mengulas mengenai dakwaan, di mana dia memaki jurugambar yang mengambil gambarnya, berkata, bukan niatnya untuk berbuat sedemikian, ini kerana dia berada dalam keadaan yang tertekan.

“Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.”

“Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit,” ujarnya seperti dipetik daripada mStar.

Tambah Zamani, dia turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan tidak putus memberi sokongan untuk dia pulih daripada najis dadah.

“Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.”

“Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu,” ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah,”katanya.-27/1/2015/agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");