Jenayah

Azmin janji akan siasat isu tanah

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneliti masalah sebenar di tapak Rancangan Revolusi Hijau, Bukit Cherakah minggu depan sebelum mempertimbangkannya untuk diserahkan kepada peneroka asal.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan selidik terlebih dahulu status tanah itu sekiranya ia mempunyai status hak milik persendirian atau mempunyai kes di mahkamah.

“Jika ia bersangkut kes di mahkamah, ia harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum diserahkan sebagai hak milik kepada mereka (peneroka).

“Jika ia sah tanah milik kerajaan, kita tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkannya bagi diserahkan kepada peneroka asal,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Selangor di Shah Alam Convention Centre Mall, malam kelmarin.

Beliau turut memberi jaminan akan meneliti bantahan yang dikemukakan menerusi Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei.

“Saya tegaskan saya akan siasat serta dengar bantahan dan memorandum secara terperinci.

“Saya tiada masalah, jika ia masih hak kerajaan negeri kkita akan pertimbangkan. Sudah menjadi dasar kerajaan negeri jika tanah kerajaan diteroka lebih 10 tahun, ia akan diberikan kepada peneroka asal,” katanya.

Beliau berkata ketika diminta mengulas berkenaan lebih 300 peneroka Rancangan Revolusi Hijau, Bukit Cherakah peringkat satu, dua dan tiga berhimpun di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS), Jumaat lalu.

Menerusi perhimpunan itu, mereka menuntut Mohamed Azmin menyelesaikan pertikaian antara kerajaan negeri, pemilik tanah dan meluluskan cadangan penyelesaian serta membenarkan pemilik tanah melupuskan semua hak tanah kepada pemaju dengan segera.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");