Perak Hari Ini

Biro Pendidikan UMNO Kampar Anjur Pertandingan Menulis Esei Sempena Pertabalan Sultan Perak Ke-35

IPOH: Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kampar dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Kampar menganjurkan pertandingan menulis esei sempena pertabalan Sultan Perak ke-35 yang bermula dari 19 Januari lalu hingga 31 Mac depan.

Menurut Exco Pelancongan negeri, Datuk Noolee Ashilin Mohamed Radzi, pertandingan itu dianjurkan sempena Pertabalan Paduka Sultan Perak Ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

“Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran akan peri pentingnya mengukuhkan perasaan taat setia kepada raja dan negara,” katanya.

Tambahnya lagi, pertandingan itu juga berupaya meningkatkan pemahaman dan penghayatan peserta terhadap institusi Raja Berpelembagaan dan menambahkan taat setia kepada Raja dan negara.

“Selain itu, ia juga dapat mendidik dan meningkatkan pengetahuan peserta khususnya pelajar mengenai peranan raja-raja dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

PERAK TODAY 02

Ujarnya lagi, program yang bertemakan Rukun Negara ke-2 : Kesetiaan Kepada Raja dan Negara itu merupakan pertandingan siri kedua anjuran UMNO Bahagian Kampar selepas kejayaan penganjuran terdahulu pada 2011.

“Program ini tidak melibatkan pengurusan sekolah secara terus kerana kita tidak mahu membebankan pihak sekolah namun ianya terbuka kepada semua peringkat daripada sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kampar, Datin Normah Datuk Ibrahim, pertandingan itu dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan menghargai perlembagaan negara.

“Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah sangat penting dan melaluinya, golongan muda dapat menghayatinya sebagai tunggak kepada negara,” katanya.

Sementara itu juga, menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Kampar, Rohani Idris, pelajar yang berminat boleh menyertai pertandingan ini boleh melayari laman Facebook Memperkasa Parlimen Kampar untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

“Tempoh pertandingan dilanjutkan sehingga 31 Mac depan dan esei boleh dihantar terus melalui email atau juga melalui pos cawangan Ipoh,” katanya.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori yang melibatkan sekolah rendah (kategori A), sekolah menengah (kategori B) dan katogeri C untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai RM500 bagi kategori A, RM1,000 (B) dan RM1,500 kategori (C) beserta sijil dan piala iringan.

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi Facebook Memperkasa SK Parlimen Kampar sebelum 30 Mac ini atau boleh menghubungi urusetia Rohani Idris (012-5273443) atau nombor faksimili (05-5060112).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");