Laporan Eksklusif

Bukan isu remeh

Putrajaya: Fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh kerana ia mampu membawa kepada kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, fenomena itu menyebabkan negara mengalami perubahan taburan hujan sehingga terjadinya banjir besar di beberapa negeri hujung tahun lalu.

“Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan merekodkan taburan hujan yang tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 bersamaan dengan taburan hujan untuk 64 hari.

“(Malah) Fenomena itu juga menyebabkan negara menempuh kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa negeri pada awal dan pertengahan tahun lalu,” katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Bil 1/2015 di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Mesyuarat secara tertutup hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Timbalannya Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Najib berkata, Laporan Penilaian ke-5 Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim yang diterbitkan tahun lalu oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) sudah memberi amaran langkah mitigasi yang diambil ketika ini belum mencukupi untuk mengehadkan tahap peningkatan suhu pada 2 darjah Celsius.
Ini kerana, katanya, ia akan mengakibatkan bencana alam yang amat serius pada masa depan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");