Berita Hari Ini

Buku panduan harga GST diedar hari ini

Tanah Merah: Orang ramai boleh mula mendapatkan buku panduan dan perbandingan harga barang selepas dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di semua pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad berkata, dua juta naskhah buku itu diterbitkan dan akan diagih secara percuma kepada orang ramai.

“Mereka boleh dapatkan maklumat awal secara komprehensif mengenai harga barang sebelum dan selepas GST dilaksanakan dalam buku panduan ini.

“Kita senaraikan 500 jenis barang keperluan dan makanan yang dikategori sebagai barang mengalami kenaikan harga, penurunan dan kekal.

“Buku ini juga diterbitkan berbeza mengikut enam zon iaitu Timur, Barat, Selatan, Utara, Tengah, Sarawak dan Sabah,” katanya pada majlis Ramah Mesra KPDNKK dan Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di Kampung Kuala Tiga, Gual Ipoh, di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh Mohd Bakri Mustapa dan Pengarah KPDNKK Kelantan, Abdul Ghani Harun.

Alias berkata, maklumat sama juga boleh dimuat turun menerusi laman web KPDNKK.

“Kementerian bekerjasama dengan beberapa agensi dalam penghasilan buku panduan harga ini, antaranya Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.

“Kerajaan sedar dua juta naskhah tidak mencukupi jika dibandingkan jumlah pengguna di Malaysia dan berikutan itu, kita muat naik di laman sesawang KPDNKK untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");