Membawang Hari Ini

Cahaya mata kedua Tomok bernama Andrashah Iman

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Tomok sebentar tadi berkongsi nama anak keduanya iaitu Andrashah Iman di laman Instagram miliknya.

Beberapa jam sebelum itu, ketika BH Online menghubunginya, Tomok hanya membayangkan nama bayi keduanya yang lahir tengah hari semalam akan bermula dengan huruf ‘A’, sama seperti abangnya, Arrianshah Akid.

“Saya dan isterinya telah lama berbincang mengenai nama anak kami, namun sering bertukar-tukar sejak sebulan lalu. Arrian pula sedikit meragam kerana cemburu dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.

“Biasalah dulu perhatian diberikan sepenuhnya kepada Arrian namun kita dibahagikan kepada dua. Meragam sikit-sikit tu biasa la budak kan kerana belum biasa lagi dapat adik,” kata Tomok sambil tergelak.

Sambil melahirkan rasa syukur dan teruja bagi penyanyi dan pelakon itu kehadiran cahaya mata lelaki kedua itu akan menambahkan lagi seri dalam kehidupan rumah tangganya bersama isteri, Siti Rahaya Abas serta anak sulung mereka itu.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.

“Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.

“Isteri saya dimasukkan ke hospital pada Khamis namun sakit bersalin mula terasa jam 10 pagi. Saya berada di samping isteri sepanjang tempoh itu dan lebih kurang jam 1.34 tengah hari, bayi telah selamat dilahirkan,” kata Tomok ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Tomok turut berkongsi yang isterinya bakal pulang ke rumah dalam masa terdekat dan menjalani proses berpantang di rumah ibu mentuanya di Keramat.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");