Sukan Hari Ini

Diouf igauan PDRM

Kuala Lumpur: Kelibat bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf bersama Sabah dijangka memberi banyak masalah kepada benteng Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pengendali The Cops Azman Adnan berkata, biarpun Sabah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau tetap menghormati kekuatan skuad Sabah Rhino terutama dengan kehadiran Diouf dalam pasukan itu.

“Saya dah ingatkan pemain, bertemu Sabah bukanlah perlawanan yang mudah. Pemain perlu berkerja lebih keras jika ingin meraih kemenangan kerana mereka dibarisi penyerang antarabangsa seperti Diouf.

“Diouf mampu melakukan sesuatu untuk pasukan Sabah kerana mempunyai pengalaman tinggi di peringkat antarabangsa.

“Untuk itu, barisan pertahanan kami perlu lebih hati-hati dan sentiasa fokus,” katanya.

Menurut Azman, moral dan motivasi pemain kini berada pada tahap terbaik selepas kejayaan menjinakkan dua pasukan gergasi, Johor Darul Ta’zim (1-0) dan Kelantan (4-0) dalam saingan Liga Super.

“Semua pemain bersedia menghadapi aksi malam esok (malam ini). Saya percaya perlawanan pasti berlangsung sengit. Insha-Allah jika pemain fokus, kami boleh mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, khidmat penyerang prolifik PDRM, Ali Ashfaq terpaksa dilupakan apabila mengalami kecederaan dan tempatnya mungkin diisi Khairul Izuan Abdullah.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");